Festival Geopark Lembah Kinta 2019
24 November 2019

Timbalan Menteri KATS YBM Tengku Zulpuri Shah telah menghadiri Festival Geopark Lembah Kinta 2019 pada 24 November 2019.

Dalam ucapan, beliau menyatakan keyakinan bagi Geopark Kebangsaan Lembah Kinta untuk dicalonkan sebagai UNESCO Global Geopark.

“Saya yakin dengan sokongan penuh daripada semua pihak berkepentingan dan penglibatan komuniti setempat, kita mampu melahirkan sebuah lagi UNESCO Global Geopark di Malaysia selepas Langkawi UNESCO Global Geopark,” katanya.

Lembah Kinta telah diiktiraf sebagai sebuah Geopark Kebangsaan pada 18 Julai 2017 oleh Jawatankuasa Geopark Kebangsaan Malaysia dan dimasyhurkan pada 25 Oktober 2018, oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.


 










Attachments